KAIN ATAU ADA BENDA LAIN

Written By Grace Brenda Renata on Monday, May 29, 2017 | 10:08 AM




KAIN ATAU ADA BENDA LAIN - Salam semuanya jumpa lagi kita disini. Aku ada cerita yang sudah di publish tapi kali ini kejadian ini berlaku pada adik bongsuku. Kejadian ini berlaku apabila dia sedang balik dari kerja. Jam tepat pada pukul 11 malam, adik aku baru saja sampai dibawah blok rumah kami. Apabila dia sedang berjalan berdekatan dengan pokok besar dia merasa ada yang sedang memerhatikan dia.
Adik aku ini matanya ada rabun sedikit jadi kebetulan hari itu dia tidak memakai cermin mata. Lalu saja dipokok besar itu sambil dia pun menoleh dan ternampak ada kain warna putih tapi adik aku kan tidak pakai cermin mata dan dia ini action berani jadi dia terus ke pokok itu.
Tiba-tiba bulu romanya naik. Tapi dia tidak perduli terus melihat benda itu hingga dia tahu apakah itu sebenarnya. Terdengar suara sayu seperti menangis apabila adik aku menghampiri pokok itu adikku ternampak ada perempuan berambut panjang sama kain putih.
*Whosh! Pantas terus adikku berlari. Knock! Knock, ada yang ketuk pintu diruang tamu dengan kuat. Aku bukak dan aku lihat adik aku mukanya pucat semacam dan bila aku tanya dia “adik kenapa ini macam ada yang tak kena saja?” dan adik aku berkata “tidak ada apa-apa kak cuma penat sikit saja adik mandi dulu ya selamat malam”. Aku pun sambung tidor, keesokkan harinya adik aku demam panas. Aku tanya lagi “adik betul kamu enggak ada apa-apa?”
Adikku mula nangis, kak semalam ada yang melihatku tapi kamu tahukan aku lupa membawa cermin mataku. Jadi aku terlihat ada kain putih. “Aku menyampuk terus, adik kalau sudah nampak lari terus ini confirm kamu action berani kan?”. Adikku sambung “tahu kak tapi aku cuma curiga jadi aku lihat ada benda itu sedang melihatku”. Pada keesokkan harinya adikku tidak lagi balik menuju jalan situ. Terima kasih kerana membaca maaf jika ada silap.

0 comments:

Post a Comment

 photo unnamed 4_zpssowdg4kj.gif
 photo unnamed 6_zpsonzivypp.gif